Belanjawan

Apasal Apply Kad Kredit ?

“Abisla kau,.. dah start pakai kad plastik tu,..”

Ayat tak boleh blah! yang dihamburkan oleh kawan aku apabila ternampak aku guna kad untuk bayar bil online beberapa hari lepas. Aku cuba sorok dari mata kawan-kawan tapi kantoi jugak. Aku sekarang sudah mencecah umur ‘3 series’ pada tahun ni dan akhirnya aku terpaksa pakai jugak kad plastik ni.

Pembayaran bil melibatkan kegunaan pejabat menyebabkan aku terpaksa pakai kad ni, janji aku boleh claim dan terus je ‘top-up’ dalam kad kredit ni. Mahu nyer sakit, dekat-dekat hujung bulan ni aku terpaksa pakai duit aku dulu kerana syarikat, abis tu duit aku yang berbaki ciput tu hanya cukup-cukup makan je lee,.. sedih-sedih.

Awal-awal bulan lagi setiap kali gaji aku seperti biasa akan simpan duit awal-awal ke bank lain sebelum aku pakai sampai habis, jadi duit yang aku ada sekarang memang untuk makan jee,.. orang lain aku tak tahulah. 🙂

Sebenarnya beberapa bulan lepas, ada 2 jenis bank approach aku untuk ambil kad kredit, iaitu RHB dan Ambank. Mula-mula aku terima penjelasan geng kad kredit RHB dan aku isi borang, balasannya beg galas 1, mug 1, dan payung 1. Fuhhh,.. dapat ke tak dapat ke aku dah dapat cenderahatinya.

Kedua, Ambank Islamic. Ini aku isi sambil-sambil aku isi pelaburan unit trust yang diperkenalkan kepada aku. Dulu person ni geng Standard Chart tapi sekarang dah bersama dengan Ambank. Tapi aku ambil yang 3rd party punya laa bawah Hwang DBS. Am Mutual nanti dulu lah,.. akan menyusul.

Sambil-sambil aku tunggu mana satu yang dapat tu,.. selepas raya puasa aku dapat surat dari RHB Bank, bunyinya begini

“We have given due consideration to your application but we regret to inform that we are unable to accommodate your request at this point of time.”

Hehhe.. aku baca dengan senyum, janji cenderahati korang aku dah dapat, terima kasih.

Pada pandangan aku, RHB ni tak terima pasal dokumen aku yang agen dia mintak tu tak lengkap, berbanding dengan Ambank dia mintak lebih sikit dari diaorang.

Lepas beberapa lama, aku dapat pulak SMS dari Ambank bunyi nyer macam ni,

“Encik ……., ur AmIslamic Bank Card app has been approved and the card will be sent to ur Card Delivery address asap”

Simple,.. tapi sudah cukup. Lepas beberapa hari aku ambil kad tu di salah sebuah cawangan Ambank kawasan ni.

Lepas tu aku mula call centre mereka tanya mana yang aku tak faham dan dapatkan kepastian sebelum start pakai. Jenuh jugak aku nak guna kad ni. Kalau bukan kerana syarikat tak pakai la aku kad ni.

One thought on “Apasal Apply Kad Kredit ?

  1. Mudah
    Murah
    Terjamin dan
    Sah di sisi undang-undang

    Kami menggunakan kaedah Plan Pembayaran Mudah (atau 'Easy Payment Plan) yang telah terbukti berkesan dalam membantu ramai yang telah terjerumus ke dalam 'lembah' hutang kad kredit untuk keluar dari sistem yang amat memeritkan lagi menyeksakan ini.

    Kunci kepada pengendalian ini ialah bagaimana kami boleh jadikan hutang tertunggak anda yang telah sekian lama 'terperap' dalam kad itu BEBAS dari interest atau dalam Islam dipanggil 'Riba'.

    Apabila tiada interest maka hutang anda PASTI selesai dalam tempoh yang telah ditetapkan kerana tiada bayaran 'bunga' yang akan dikenakan oleh bank lagi. Maknanya di sini anda akan bayar kepada bank setakat yang anda gunakan sahaja.

    Kami akan tunjukkan cara atau kaedah yang betul dan selamat dalam menyelesaikan kad kredit walau pun akhirnya nanti anda tak jadi nak dapatkan perkhidmatan kami. Yang penting anda faham dan sedar punca kepada segala permasalahan yang berkaitan dengan hutang kad kredit anda dan bagaimana cara nak mengatasinya.

    Memandangkan setiap kes adalah unik dan bergantung kepada kondisi serta keadaan serta tahap hutang masing-masing. Maka perkhidmatan ini adalah secara one-to-one session secara bersemuka dan sangat unik khusus untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit anda sahaja. Lebih istimewa lagi kerana kami akan berikan khidmat nasihat ini secara PERCUMA!

    Jadi… Jangan buang masa… Tarikh akhir pembayaran hutang kad kredit dah semakin dekat dan bila sampai masa nanti anda harus membayar 'bunga' berserta bayaran2 lain sekiranya ada… Kalau berterusan macam ni ntah bila lah agaknya hutang nak selesai kan?

    Tanpa membuang masa… Hubungi SEKARANG juga – 0193355399 atau 0389275399

    Boleh juga hubungi saya secara online sama ada melalui Whatsapp / Viber / WeChat atau website rasmi EzPayment2U di http://www.ezpayment2u.com

    Like

Leave a comment